Siapa suka baca novel2 ni? Angkat tangan tinggi2 yer, MR nak kira ni... 1 2 3 4....uiiihhh ramainya.. Ini adalah satu2 nya novel yang MR jadikan koleksi peribadi, my precious treasure, my sweetheart..hehehe.. n novel2 ni adalah hasil pembodekan MR ke atas sang arjuna hati MR. Jenuh jugak nak memujuknya coz my hubby x suka cerita2 dongeng camni.. MR ni plak memang fanatik betul dengan siri Harry Potter ni.
Seingat MR, first time MR kenal dengan Harry Potter ni ketika usia MR 17 tahun. Tapi kerana MR ni dikategorikan sebagai pelajar yang disara oleh keluarga dan tidak berpendapatan sendiri pada waktu tu, jadi MR hold dulu niat nak beli buku ni. Habis jer SPM, MR kerja sambilan di bandar Kemaman. Tempat kerja MR berdekatan dengan bookstore n boleh dikatakan setiap hari MR ke bookstore tu survey buku Harry Potter ni. Suatu hari, MR terjumpa jugak dengan buku2 Harry Potter ni. Masa tu, novel ni belum diadaptasikan kepada movie. MR dah geram sangat tengok buku2 Harry Potter tu terletak cantik kat rak buku. Nak beli tak boleh lagi coz baru 3 minggu kerja, gaji belum dapat lg..huhuhu..
Tunggu punya tunggu, menjelanglah hari raya..kui kui kui.. hari gaji ler.. Masa tu gaji MR cumalah around rm400 jer.. Lepas tu, MR dengan megah n bangga masuk ke bookstore tu (bangga sebab dah bergaji..hihihi) n MR x toleh kiri kanan pun, straight jer menuju ke 'cinta hati beta' di rak n MR terus beli 2 buah novel Harry Potter, judul Harry Potter and The Sorcerer's Stone dan Harry Potter and The Chamber of Secrets. Sukanya hati MR, Tuhan je tahu.. Balik bilik sewa, MR terus membelek n membaca. 2 hari MR dapat habiskan kedua2 novel tu. Tak lama kemudian, Harry Potter disiarkan di pawagam tp MR x tengok pun coz MR ni x minat menonton. MR cuma tunggu vcd filem Harry Potter ni di pasaran baru la MR beli.. Yang MR perasan jalan cerita filem ni x sama dengan jalan cerita dalam novel..tapi MR tetap puji pengarah filem ni coz berusaha untuk mimik filem tu seperti mana dalam novel.Bagi yang dah baca novel Harry Potter tentu tahu betapa sukarnya JK ROWLING menulis novel ni.. Rasanya tiada yang dapat berfantasi berimaginasi sehebat beliau. Setiap detail dalam novel tu difikirkan beliau dengan terperinci dan sentiasa sama tidak berubah dalam semua ketujuh- tujuh buku.
Happy MR x lama selepas beli kedua novel tu coz member baik MR pinjam novel2 tu. Dia tahu yang MR sayang sgt kat buku2 tu. MR siap balut buku2 tu dengan plastik, x benarkan orang lain pinjam n tulis nama MR pun kat bawah helaian kosong muka depan buku2 tu coz MR x nak buku kesayangan MR tu nampak comot. Berbalik kepada buku2 yg member MR pinjam tu. Seminggu dia membaca. Hari last dia pinjam, MR balik kampung, cuti 2 hari. Konon2 lepas tu, MR nak collect balik buku tu dari dia tapi bila MR balik ke Kemaman, ke bilik sewa, berita duka yang MR dapat.. Buku2 kesayangan MR tu dah tiada.. Budak bilik sebelah ambil dari member MR n part yang lg x best, dia menghilang sampai la sekarang.. Adusss..
Sekarang MR dah ade my own collection.. Memang MR x bagi sape2 pun usik my khazanah ni.. My arjuna beta pun pesan 'keep it safe' coz around rm270++ duit dia laburkan untuk ketujuh2 buku ni.. Ooohhh... tq my dear sweet pumpkin pie...hihihi
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Jangan malu2 untuk komen yer..